Coolishes!

Goodbye.

Berat kaki nak melangkah pergi, berat hati nak tinggalkan kawan-kawan dan segala benda yang telah ku curahkan disini. Kusain. Tiga tahun sekolah situ. Bohonglah kalau aku kata tiada kenangan yang manis & pahit. Semua itu pasti ada && selamanya akan ku semat di dalam hati ini. Sedih bila memikirkan aku bakal kehilangan kawan. Ya, aku tau bukanlah hilang selamanya cuma mereka tiada disisi ku lagi seperti selalu. Memikirkan mereka hatiku berbelah bahagi. Bukan mudah dan senang untuk aku mencari kawan. Kawan yang bikin aku selesa bila berada disamping mereka. Jujur aku cakap, aku bukan seorang yang peramah. Apa yang aku ada sekarang selamanya mereka lah dihati ku. Tidak akan ada yang lain. Jadi bila ku memikirkan aku harus mencari yang baru. Aku gusar. Bimbang jikalau aku tidak dapat seperti mereka. Mereka yang bikin ku selesa. Aku juga bimbang aku tidak akan menjadi diri aku bila disana. Jika mahu bercakap pasal bimbang terlalu banyak yang ku bimbangkan. Persoalan yang tergantung begitu sahaja.

Tapi aku tahu, aku sedar, aku pasti....................................

Segala yang ku lakukan ini adalah untuk masa depan ku. Masa depan yang lebih cerah. Mungkin. Jadi aku sangat berharap hatiku kental & gagah untuk menempuh hari-hari akan datang. Kawanku sekalian, kalian jangan bimbang selamanya kalian dihati. Itu pasti! Ingat walau sejauh mana pun aku pergi, diriku terbang dan dicampakkan aku takkan pernah berubah. Harapan ku cuma satu tidak akan pernah wujud istilah janggal antara kita semua. Terpisah hanya sementara :') Waktu sangat cemburu dengan kita kerana tidak memberi peluang untuk kita bersama selamanya. Orang kata setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tiada apa yang dapat ku lakukan melainkan menerima hakikat tersebut. Ya lambat-laun kita akan terpisah jua jadi biarlah aku mula untuk menerima ini dulu. Aku sayang kamu semua & selamanya sayanggg! Ingat itu dan semat dalam hati & jiwa kalian. Selamat tinggal. Bukan untuk selamanya hanya sementara. Sementara!

Labels: